PEMBUKAAN WAD PERMATA, STELLA KASIH MEDICAL CENTRE
16 Disember 2025
YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Wad Permata di Stella Kasih Medical Centre, Presint 8, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari tadi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; Encik Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan; serta barisan Pengurusan Tertinggi Stella Kasih Medical Centre.
Stella Kasih Medical Centre merupakan pusat perubatan swasta di Putrajaya yang menawarkan perkhidmatan rawatan pelbagai disiplin, dilengkapi dengan kemudahan perubatan moden serta disokong oleh pasukan profesional kesihatan yang berpengalaman. Pembukaan Wad Permata ini mencerminkan komitmen berterusan pusat perubatan berkenaan dalam memperkukuh kapasiti dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, khususnya bagi memenuhi keperluan komuniti di Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil serta kawasan sekitarnya.