Page 1 of 1
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888 Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my
MASJID JAMEK KUALA LUMPUR DINAMAKAN SEMULA SEBAGAI
MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj hari ini menamakan semula Masjid
Jamek Kuala Lumpur yang merupakan salah satu iconic building di Kuala Lumpur.
Penamaan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur ini merupakan hasrat daripada Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor sendiri memandangkan lokasi masjid ini asalnya
adalah di dalam negeri Selangor.
Langkah ini adalah salah satu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang
merupakan salah satu ikon pelancongan di Malaysia. Tambahan pula kawasan sekitar
Masjid Jamek ini telah dinaiktaraf pengindahannya melalui projek River Of Life (ROL).
Masjid Jamek ini juga telah menambah ruang solat berbumbung seluas 4,000 kaki
persegi. Ini membolehkan lebih 1,000 jemaah bersolat dalam satu masa yang sama
dan sekaligus memberi keselesaan untuk beribadah. Para jemaah yang menunaikan
solat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad kini tidak lagi berpanas apabila beberapa
payung gergasi dipasang di bahagian luar bangunan tersebut. Payung seakan-akan
payung gergasi hidraulik yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah sekali gus menjadi
daya tarikan dan keselesaan kepada para jemaah.
Usaha menaik taraf masjid tertua di ibu negara ini adalah bertujuan bagi menerapkan
aspek pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan sejarah negara.
DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
23 JUN 2017