biru hijau merah
A- A A+

Picture23

Picture13

Picture16

 


 

APAKAH 1WPrice?

Aplikasi mudah alih menggunakan telefon pintar yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lokasi kedai yang menawarkan harga berpatutan.

BAGAIMANAKAH INISIATIF 1WPrice BERMULA?

Inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih 1WPrice ini bermula daripada cetusan idea YB Menteri Wilayah Persekutuan (WP) yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk rakyat di Wilayah Persekutuan. Berikutan kenaikan harga barangan di seluruh dunia termasuk Malaysia yang disebabkan pelbagai faktor seperti kenaikan harga bahan mentah dan minyak, telah menjejaskan kuasa membeli rakyat terutama yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. YB Menteri WP merasakan kerajaan perlu memantau harga barangan dan perkhidmatan agar peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga terutamanya barangan keperluan asas.

APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH DIKONGSI DI DALAM 1WPrice?

Maklumat yang boleh dikongsi adalah maklumat harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga di sekitar WP.

SIAPAKAH KUMPULAN SASAR PENGGUNA 1WPrice INI?

Pengguna dan peniaga di WP.

APAKAH CIRI-CIRI 1WPrice?

(i) boleh di muat turun secara percuma melalui Android Play Store , Apple App Store dan Windows Phone Store;
(ii) boleh di akses dengan capaian internet 3G/4G dan Wifi;
(iii) boleh menyimpan, membandingkan dan memapar pelbagai maklumat mengenai harga barangan dan perkhidmatan;
(iv) membolehkan pengguna berkongsi maklumat harga dan lokasi kedai dengan pengguna lain;
(v) telah diintegrasikan dengan media sosial iaitu facebook, linked-in, twitter dan google plus;
(vi) turut diintegrasikan dengan fungsi Global Positioning System (GPS) di smartphone/gadget bagi membolehkan pengguna mencari lokasi premis/kedai yang menawarkan harga patut dalam radius tertentu; dan
(vii) boleh ‘share’ barangan dan perkhidmatan dengan aplikasi mobile lain seperti whatsapp, telegram, e-mel dan sebagainya.

APAKAH FUNGSI 1WPrice?

Membantu rakyat dan peniaga untuk bersama-sama memantau, membuat perbandingan dan mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang terbaik di WP.

APAKAH FAEDAH 1WPrice?

(i) Pengguna dan peniaga boleh berkongsi maklumat harga dan lokasi barangan serta perkhidmatan;
(ii) Pengguna boleh melihat senarai harga barangan dan perkhidmatan mengikut susunan harga termurah sehingga yang paling mahal berdasarkan bilangan “like” yang tertinggi sehingga terendah;
(iii) Peniaga dapat membuat promosi barangan; dan
(iv) Tiada kos yang dikenakan kepada pengguna aplikasi.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN 1WPrice?

WPrice boleh digunakan melalui 4 langkah mudah
(i) muat turun;
(ii) daftar sebagai pengguna;
(iii) masukkan maklumat barangan/perkhidmatan; dan
(iv) kongsi maklumat.

APAKAH LANGKAH PROMOSI YANG DIJALANKAN?

Promosi yang dijalankan :
(i) paparan di portal KWP;
(ii) Majlis Pelancaran 1WPrice oleh YB Menteri WP di SOGO, Kuala Lumpur;
(iii) bunting;
(iv) edaran flyers;
(v) paparan di papan elektronik sekitar Kuala Lumpur; dan
(vi) surat makluman kepada Ketua-ketua Agensi.

APAKAN RANCANGAN MASA HADAPAN UNTUK MENAMBAHBAIK APLIKASI INI?

Sekiranya mendapat sambutan yang baik, beberapa modul lain akan ditambah seperti berita terkini mengenai kementerian, berita mengenai aktivi YB Menteri WP dan Modul Aduan.

APAKAH HARAPAN DENGAN ADANYA 1WPrice?

(i) 1WPrice dapat membantu warga WP mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.
(ii) Warga WP memanfaatkan sebaiknya kemudahan 1WPrice yang telah disediakan secara percuma ini kerana kuasa membeli adalah di tangan mereka.
 

Privacy Policy  | Security Policy |  Disclaimer  |Site Map 
Copyright Reserved 2016 © Ministry of Federal Territories
Best viewed using populor browsers, Internet Explorer 10.0 and above Mozilla Firefox 3.0
& above Google Chrome with 1280 X 800 pixels in resolutions.
Latest update: 23/02/2019
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.

IPU Labuan

{module ipuLabuan}

IPU Putrajaya

{module ipuPutrajaya}