biru hijau merah
A- A A+
1akses

 

Apakah agensi di bawah KWP?

a) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

b) Perbadanan Putrajaya (PPj)

c) Perbadanan Labuan (PL)

d) Kampong Bharu Corporation (PKB)

e) Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)

Apakah Pelan Greater KL/Klang Valley?

Pelan Greater KL/Klang Valley adalah satu visi untuk menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebuah bandar raya maju dikalangan 20 negara teratas yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Visi ini juga mensasarkan bahawa bandar raya Kuala Lumpur akan ditempatkan di dalam senarai 20 bandar raya terbaik di dunia untuk didiami menjelang tahun 2020. Antara projek/program yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi Pelan Greater KL/Klang Valley ialah seperti berikut:

a) Program Tarikan Migrasi

b) Sistem Mass Rapid Transit (MRT) untuk Greater KL

c) Rel Kelajuan Tinggi (High Speed Rail)

d) Program Tarikan MNC (Multi Nasional Companies)

e) Kehidupan Sungai

f) Penghijauan Kuala Lumpur

g) Laluan Pejalan Kaki

h) Tarikan Global

i) Pengurusan Sisa Pepejal

j) Pembentungan - Bukan Sungai
 

Apakah objektif penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu?

Objektif Penubuhan Perbadanan Kampong Bharu adalah untuk melaksanakan dasar, hala tuju, dan strategi yang berkaitan dengan pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu. Ia juga berfungsi sebagai pemikir, perancang, pelaksana, pemudah cara, pemacu, pemantau dan penambahbaikan (7P) dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Kampong Bharu ke arah satu tahap yang seiring dengan kepesatan pembangunan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Apakah Program Penjualan Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL)?

Program Penjualan Rumah PPR MTEN dan PA DBKL adalah penjualan rumah kepada penyewa PPR MTEN dan PA DBKL sedia ada dengan harga RM21,500 hingga RM35,000 seunit. Rumah-rumah tersebut dijual  dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran bagi rumah yang sepertinya. Rebat juga turut diberi mengikut harga dan usia rumah tersebut.

Apakah Dasar/Garis Panduan yang telah digubal/dikeluarkan oleh KWP?

Dasar/Garis Panduan KWP adalah seperti berikut:

a) Dasar Hiburan

b) Dasar Penjaja

c) Dasar Penjualan Perumahan

d) Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Cerun

Fungsi umum Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB)?

MPKB ditubuhkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya berfungsi untuk:

a) Menyelaras pelaksanaan Dasar, Strategi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kesejahteraan Bandar

b) Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti kesejahteraan Bandar di peringkat zon dan sub zon secara sistematik dan bersepadu selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh KWP

c) Menyelaras peruntukan yang diperoleh daripada KWP bagi pengurusan program dan aktiviti kesejahteraan Bandar di peringkat zon dan sub zon

Bantuan yang disalurkan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, KWP?

Bantuan yang disalurkan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, KWP ialah seperti berikut:
a) Bantuan Perumahan Bandar:
i)Bantuan Bina Baru Rumah
ii) Bantuan Baik Pulih Rumah

b) Program Menjana Pendapatan Melalui Keusahawanan

c) Program Pembangunan Minda Insan

d) Program Bina Upaya Di Bandar

e) Bantuan Sewa Rumah

Apakah Skim Prihatin 1WP?

Skim Prihatin 1WP ditubuhkan untuk meringankan beban keluarga warga Wilayah Persekutuan (yang mendaftar sebagai pemilih undi di Kuala Lumpur) apabila berlaku kematian dengan bantuan kewangan bernilai RM 2,500 kepada waris ahli berdaftar.

Apakah “delighting the customers” yang dijalankan di KWP dan Agensi?

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
1. Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
2. Penubuhan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB)
3. Pelaksanaan Kempen Pertandingan Senyum Petugas Barisan Hadapan KWP dan Agensi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
1. Greater KL/Klang Valley
2. Pusat Panggilan Setempat (Call Centre) DBKL
3. Perkhidmatan atas talian (e-Khidmat, e-Lesen, e-Aduan, e-Perumahan dan myTempahan)

Perbadanan Putrajaya (PPj)
1. PPj Online (e-Cukai, e-Kompaun, e-Tempahan, e-Pemajuan, e-Sewa, e-Aduan, e-dan e-Lesen)
2. Kemudahan mesra OKU

Perbadanan Labuan (PL)
1. Perkhidmatan atas talian (e-Aduan, e-Bayaran, e-Borang, e-Tempahan, e-Perjawatan,e-Lesen, e-Perkhidmatan)

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)
1. Program Atlet Elit : Insentif kewangan kepada atlet
2. Pemberian Geran Bantuan Kepada Persatuan- Persatuan Sukan
3. Pelantikan Jurulatih Sepenuh Masa

Maklumat Pegawai untuk dihubungi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Anuaruddin bin Mukibah
Pegawai Penerangan
Bahagian Komunikasi Koporat
Tel : 03-8889 7790
Email : anuar[@]kwp[dot]gov[dot]my

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Tarikh Kemaskini: 24/02/2017
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.