biru hijau merah
A- A A+
Bahasa Lain
1akses

  SEKSYEN DASAR DAN ANTARABANGSA

Unit Dasar Dan Perundangan

 Meneraju penggubalan dasar berhubung core business Kementerian (Think Tank).

 Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dasar dan Strategi .

 Menilai dan menambah baik dasar serta garis panduan sedia ada berasaskan best practices dan benchmarking.

 Menggubal Pelan Strategik Kementerian dan memantau pelaksanaan.

 Menyelaras input bagi penggubalan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

 Mengurus dan menyediakan maklum balas bagi keputusan mesyuarat majlis peringkat Negara, Memorandum Jemaah Menteri, draf dasar dan garis panduan yang disediakan oleh Kementerian lain.

 Menyelaras aspek dasar dalam proses penggubalan dan pindaan undang-undang bagi Wilayah Persekutuan termasuk akta, undang-undang kecil, kaedah dan peraturan.

 Menjalankan kajian khas dan kajian awal terhadap isu-isu berkaitan dasar di Wilayah Persekutuan mengikut arahan semasa.

 Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan peraturan (RIA).

 Menyelaras Program OBB KWP.

Unit Hal Ehwal Antarabangsa

 Merancang dan mengurus hubungan kerjasama dua hala dan pelbagai hala di peringkat antarabangsa.

 Merancang dan mengurus penyertaan KWP dan agensi di dalam program dan aktiviti pertubuhan serantau dan antarabangsa.

 Menyelaras permohonan untuk bantuan kewangan dan kepakaran dari pertubuhan serantau dan antarabangsa bagi tujuan kajian dan capacity building.

 Menyelaras input mengenai dasar, aktiviti dan program KWP bagi tujuan taklimat kepada pelawat antarabangsa (in-bound).

 Menyelaras lawatan-lawatan KWP keluar negara di peringkat Menteri dan pegawai pengurusan tinggi (out-bound).

 Mengurus maklum balas hal ehwal antarabangsa yang melibatkan KWP.

 

  SEKSYEN PERANCANGAN BANDAR

Unit Perancangan Bandar

 Menyelaras urusan berkaitan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 Menyelaras urusan berkaitan Kaedah-Kaedah di bawah Akta 267 dan Akta 172.

 Memantau dan menyelaras proses penyediaan pelan pembangunan di bawah peruntukan Akta 267 dan rancangan pemajuan di bawah peruntukan Akta 172.

 Menyelaras pemantauan isu-isu dalam penyediaan rangka pelaksanaan Dasar Pembangunan Semula Bandar.

 Menyelaras maklum balas berkaitan kajian-kajian, garis panduan-garis panduan dan perkara-perkara yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

 Menyelaras urusan berkaitan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di bawah Akta 172.

Unit Pengurusan Tanah

 Menyelaras dan menyediakan maklum balas bagi penyewaan dan pajakan tanah milik atau tanah rizab Persekutuan.

 Menyediakan input terhadap pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan ekonomi, perumahan dan sebagainya

 Menyelaras hal ehwal pengurusan tanah bagi tujuan awam seperti tapak perkuburan awam, rumah ibadat dan lain-lain

 Mengurus permohonan tapak-tapak warisan bagi tujuan pewartaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

 Menyelaras perancangan Cukai Kadaran oleh agensi di Wilayah Persekutuan

 Urus Setia Jawatankuasa Khas Rumah Ibadat Bukan Islam

Unit Program Khas (Kebersihan dan Gelandangan)

Aspek Khidmat Perbandaran (Hal Ehwal Kebersihan dan Pengurusan Sisa Pepejal)

 Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Kebersihan Wilayah Persekutuan.

 Mengadakan lawatan Turun Padang (TUPA) YB Menteri/ KSU/ TKSU

 Mengadakan pemantauan program-program kebersihan di Wilayah Persekutuan

 Menyelaras Program Gotong Royong 13 Kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

 Menyelaras dan mengadakan naziran kebersihan di Wilayah Persekutuan.

 Mengadakan Program Clean Walk dan School Outreach Programme For Cleaning Campaign.

 Mengadakan program kempen kebersihan bersama media.

 Menyelaras dan mengadakan engagement dengan persatuan penjaja, Badan Bukan Kerajaan dan stakeholders.

Aspek Penyelarasan Isu Gelandangan dan Lain-lain

 Merancang, menyelaras dan menggubal dasar mengenai isu gelandangan di Wilayah Persekutuan

 Mengenalpasti isu dan cabaran dalam menangani isu gelandangan di Wilayah Persekutuan

 Merancang dan menjalankan kajian mengenai profiling gelandangan di Wilayah Persekutuan

 Menyedia, mengumpul dan menganalisis data dan maklumat mengenai gelandangan di Wilayah Persekutuan

 Merancang, menyelaras dan menyediakan dasar dan garis panduan ke atas aktiviti yang dijalankan oleh NGO untuk golongan gelandangan di Wilayah Persekutuan.

 Mengadakan lawatan TUPA bersama YB Menteri/ KSU/ TKSU dan membuat pelaporan.

 Mengadakan program engagement dengan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan golongan gelandangan.

 Menyelaras dan memantau pengoperasian Pusat Gelandangan (Pusat Transit Gelandangan KL, Pusat Khidmat Gelandangan KL dan cadangan pengambilan tanah di Chow Kit).

 Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Gelandangan Kuala Lumpur merangkap Jawatankuasa Tadbir Urus Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

 Menyelaras program pengurusan risiko KWP

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Tarikh Kemaskini: 11/12/2017
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.