biru hijau merah
A- A A+
1akses

logo akrab


Pengenalan

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 tahun 2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, Rakan Pembimbing juga bervisi menjadi penyumbang kepada usaha modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAB.

Visi & Misi

VISI
success Menjadikan AKRAB penggerak Pembangunan Modal Insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.
MISI
success Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
success Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
success Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
success Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB

Objektif

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan.

Moto

"Berkhidmat Membimbing"

Falsafah

Sebagai ahli AKRAB, setiap ahli sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu:

“Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”.

Dalam usaha membantu rakan, ahli mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.

Etika

Amanah dan menyimpan rahsia:
success Menerima dan menghormati orang lain;
success Memahami batasan dan keupayaan diri;
success Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek;
success Melaporkan kepada Pegawai Psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain;
success Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada Pegawai Psikologi; dan
success Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.

Prinsip dan Peranan

Prinsip:
success Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Peranan:
success Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling;
success Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik;
success Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan; dan
success Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

Garis Panduan Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

Senarai Ahli Jawatankuasa AKRAB KWP dan Agensi Tahun 2015-2017

Senarai Ahli AKRAB 2015-2017

Bengkel Pelan Strategik AKRAB 2016-2020

Pengambilan Rakan Pembimbing perkhidmatan Awam (AKRAB) KWP Tahun 2014

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Tarikh Kemaskini: 24/02/2017
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.