Portal Rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Terletak di tengah-tengah Taman Tasik Botani Perdana, Taman Burung Kuala Lumpur telah mula dibuka sejak 15 November 1991 dengan keluasan taman 20.9 ekar. Taman burung ini merupakan sangkar burung terbang bebas terbesar di dunia yang menempatkan kira-kira 3,000 ekor burung tempatan dan luar negara daripada 200 spesis yang dibahagikan kepada beberapa zon dengan keunikan burung yang tersendiri.

Waktu melangkah ke dalam taman ini sendiri seperti memasuki habitat asal burung-burung ini yang bebas berterbangan. Satu lagi tarikan di taman ini, para pengunjung boleh memberi makan kepada burung-burung yang berkeliaran bebas tetapi hanya makanan yang telah dikhaskan oleh pihak taman. Sekiranya anda suka melihat gelagat comel burung, ikutilah pertunjukan burung pada jam 12 tengah hari dan 3.30 petang setiap hari. Taman burung ini sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur serta mesra OKU. Selain itu, terdapat Restoran Hornbill yang menyajikan perbagai menu kepada para pengunjung setelah penat menerokai taman ini. Ini membuatkan anda akan menikmati dan terhibur ketika melawati taman burung ini. Tempat ini sememangnya menakjubkan.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel