SEKSYEN PROMOSI DAN MAJLIS RASMI
Unit Majlis Rasmi dan Program Khas
Menyelaras dan mengurus setia persediaan dan pelaksanaan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan;
Menyelaras dan mengurus setia persediaan dan pelaksanaan Majlis Perjumpaan Bersama Y.B Menteri/ Y.Bhg. KSU/ Y.Bhg. TKSU; dan
Menyelaras dan mengurus setia persediaan dan pelaksanaan majlis rasmi lain seperti Perhimpunan Bulanan KWP, Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Hari Pekerja dan sebagainya.
Unit Promosi
Sebagai focal point Kementerian/agensi dalam penyampaian dan penyaluran maklumat diperingkat Kementerian/ nasional dan global;
Merancang, menyelaras dan melaksanan pelan Komunikasi/promosi/publisiti program serta pencapaian Kementerian/Agensi;
Merancang, melaksana aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian/Agensi;
Mengurus, merekabentuk dan menyediakan bahan-bahan multimedia berkaitan ICT seperti banting, poster, pamflet,montaj dan sebagainya; dan
Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan;
SEKSYEN PENGURUSAN MEDIA DAN KHIDMAT PELANGGAN
Unit Pengurusan Pelanggan dan Aduan
Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan;
Menyedia dan menyelaras jawapan mengenai aduan dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil, memantau dan menyelia keberkesanan sistem aduan awam;
Merancang, menyelaras dan melaksana kajian kepuasan pelanggan;
Menyelaras lawatan rasmi.
Merancang dan melaksana kajian impak ke atas keberkesanan sistem penyampaian Kementerian/Agensi.
Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan;
Mengurus, memantau dan menyelaras semua aduan yang diterima;
Menyedia dan menyelaras jawapan mengenai aduan dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil, memantau dan menyelia keberkesanan sistem aduan awam;
Memantau isu-isu berkaitan Kementerian/Agensi di media massa;
Memberi nasihat kepada pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan;
Unit Komunikasi Strategik dan Pengurusan Media
Merancang dan melaksana program perhubungan awam;
Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media;
Menyedia ucapan Menteri/Timbalan Menteri/KSU;
Mengeluarkan nota kepada editor/siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan; dan
Memantau isu-isu berkaitan Kementerian/Agensi di media massa.
SEKSYEN MEDIA SOSIAL
Merancang, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya.
Memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu dan komen mengenai kerajaan oleh pengguna media sosial; dan
memantau penggunaan media sosial dan menyediakan laporan pemantauan dan risikan secara berterusan.