SEKSYEN PENYELARASAN PROJEK
Merancang dan memantau permohonan, agihan dan perbelanjaan peruntukan pembangunan bagi setiap Rolling Plan Rancangan Malaysia Lima Tahun;
Memantau kemajuan pelaksanaan pembangunan projek fizikal dan bukan fizikal berdasarkan Rolling Plan Rancangan Malaysia Lima Tahun;
Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan penilaian outcome, lawatan inspektorat serta auditan peruntukan dan pelaksanaan projek pembangunan lima tahun; dan
Mengurus peruntukan operasi Bahagian Pengurusan Pembangunan;
SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PROJEK KHAS
Mengurus agihan dan memantau perbelanjaan peruntukan Pemberian Khas Wilayah Persekutuan dan peruntukan MARRIS;
Mengurus dan memantau pelaksanaan Projek-Projek Quick Win dan Touch Point Kementerian Wilayah Persekutuan;
Memantau pelaksanaan Projek-Projek Walkabout YAB Perdana Menteri/ YAB Timbalan Perdana Menteri dan Projek-Projek Khas di Wilayah Persekutuan; dan
Menyelaras hal-ehwal pentadbiran bagi Bahagian Pengurusan Pembangunan;
SEKSYEN DELIVERY MANAGEMENT OFFICE (DMO)
Mengurus dan menyelaras peruntukan pembangunan projek NKEA GKL/KV bagi pelaksanaan projek sehingga 2020;
Memantau pelaksanaan projek fizikal dan melaksanakan penilaian outcome bagi keseluruhan projek NKEA GKL/KV;
Melaksanakan penilaian outcome bagi menilai pelaksanaan 13 Key Initiatives di bawah Komponen Pembersihan Sungai RoL – Penilaian pelaksanaan 13 Key Initiatives bagi memastikan KPI utama iaitu Kelas II B dapat dicapai;
Memantau pelaksanaan penilaian Indeks Kualiti Air Sungai di sepanjang 10.7km sungai Klang-Gombak dari semasa ke semasa termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan;
Mengurus dan memantau pelaksanaan projek RoL di bawah komponen Pengindahan Sungai, Pembersihan Sungai dan Pembangunan Tanah bagi memastikan koridor Wilayah Persekutuan di sepanjang 10.7km Sungai Klang-Gombak dan menjadi kawasan yang ceria, berdaya huni dan memiliki nilai ekonomi yang tinggi; dan
Menyelaras hal-ehwal kualiti dan inovasi bagi Bahagian Pengurusan Pembangunan;