Meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan melalui pembangunan sosial dan ekonomi merangkumi aspek perumahan, komuniti dan penyertaan bumiputera.
SEKSYEN EKONOMI DAN PENSWASTAAN
Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pmbangunan di bawah program penswastaan di Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi berkaitan
Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan; dan
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda penyertaan bumiputera di Wilayah Persekutuan.
SEKSYEN SOSIAL DAN KOMUNITI
Memastikan warga Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah menghuni kediaman yang selesa dengan persekitaran yang kondusif melalui penetapan dasar berkaitan perumahan awam kos rendah di Wilayah Persekutuan;
Meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan; dan
Mewujudkan masyarakat yang seimbang dari aspek sosial dan kerohanian yang berteraskan nilai-nilai murni melalui program - program pembangunan insan dan komuniti;