Melaksanakan Audit Kewangan dan Audit Prestasi di Kementerian dan Agensi;
Menilai sistem pengurusan pejabat dan kewangan serta sistem perakaunan, perbelanjaan, hasil stor,harta/inventori dan kenderaan;
Menyelia penyediaan dan penyelarasan penemuan-penemuan audit untuk dilaporkan kepada KSU;
Menyusul laporan/pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara;
Menyediakan Laporan Audit Dalam untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit;
Menjalankan siasatan mengikut arahan KSU dan mengesyorkan langkah-langkah pembetulan terhadap kes-kes tertentu di KWP dan agensi;
Mengkaji sistem prosedur kerja untuk mengesan kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan;
Membantu Ketua Jabatan memantau dan mengesan perbuatan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan;
Membuat tindakan susulan ke atas aduan yang didapati berasas;
Menganggotai Jawatankuasa Siasatan Tatatertib dan menjalankan siasatan berkaitan pelanggaran tatakelakuan (mengikut kesesuaian/sekiranya terdapat keperluan);
Membuat analisis ke atas laporan Ketua Audit Negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama hasil daripada laporan audit; dan
Menyediakan laporan secara berkala kepada Pegawai Pengawal.