biru  hijau  merah
A- A A+

YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan turun padang ke sesi penyerahan lesen dan kunci Pusat Penjaja D'Laman Rasa, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 29 September 2021

30092021 Turun padang ke sesi penyerahan lesen dan kunci Pusat Penjaja DLaman Rasa

Klik untuk muat turun lampiran penuh

Berita Terkini:

Pusat Penjaja Pekan Sungai Besi @ D’laman Rasa mempunyai sejumlah 64 unit gerai dengan menyediakan kemudahan ‘Kitchen Hood’, tandas, surau, rumah sampah dan tempat letak kereta. Pusat penjaja ini menempatkan semula penjaja-penjaja tepi jalan di sekitar Pekan Sungai Besi dan mereka yang beroperasi di hadapan Pasaraya Hari-Hari. Sebahagian besar mereka ini terlibat dengan projek pengindahan dan pelebaran jalan di pekan ini. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2016 dan siap sepenuhnya pada tahun ini. Mereka dijangka akan mula beroperasi di pusat penjaja ini pada Oktober 2021.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menetapkan kadar sewaan kepada penjaja ini di antara RM240.00-RM300.00 sebulan. DBKL juga memberikan pengecualian bayaran sewa sehingga Disember 2021 dan pengurangan bayaran Fi-Lesen sebanyak 50% kepada peniaga-peniaga ini.

DBKL berharap dengan siapnya pusat penjaja D’laman Rasa Sungai Besi yang baharu ini, dapat memberikan keselesaan bukan sahaja kepada penjaja untuk berniaga tetapi juga kepada pengunjung. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kualiti mutu perniagaan dan juga hasil jualan kepada penjaja tersebut.

Para penjaja diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam lesen perniagaan serta menjaga kebersihan serta memelihara harta benda premis perniagaan. Kepatuhan dan komitmen daripada penjaja ini akan menatijahkan pertumbuhan ekonomi yang baik kepada negara.

 

.