biru  hijau  merah
A- A A+

Sesi Taklimat Bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Di PPR Desa Sri Rejang Semalam Yang Dihadiri Oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (PSE) Pada 10 Mei 2022

11052022 Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Di Ppr Desa Sri Rejang

Berita Terkini:

Sesi taklimat bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia di PPR Desa Sri Rejang semalam yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (PSE) dan pegawai-pegawai Kementerian.

Program ini dilaksanakan secara usahasama antara KWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Universiti Malaya untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar di Kuala Lumpur dan seterusnya keluar dari gari kemiskinan tegar. Secara keseluruhannya 176 peserta di PPR Kerinchi, PA Desa Rejang, PPR Kg Muhibbah dan PPR Taman Mulia akan terlibat. Antara program yang akan dilaksanakan adalah padanan pekerjaan, usahawan dari rumah dan usahawan luar rumah.

#OurCityOurHome
#LangkahPanglima
#KeluargaMalaysia

.