Tuaian Berbisa Timun
Berita Terkini:
TUAIAN BERBISA TIMUN MENYUNTIK SEMANGAT
13 Jun 2022 @ Anjung Kelana
Embun di pagi ini menjadi saksi yang usaha berbudi kepada tanah amat berbaloi. Tersenyum lebar Komuniti Anjung Kelana (KoAK) bila hasil tuaian timun buat kali ke 6 masih terus berbisa menyuntik semangat untuk terus berkebun. Ilmu berkebun yang didakap menyegarkan semangat Aspirasi Keluarga Malaysia di KoAK seumpama timun-timun segar berkualiti yang dapat dipasarkan dengan nilai yang tinggi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.
#OurCityOurHome
#LangkahPanglima
#KeluargaMalaysia