biru  hijau  merah
A- A A+

Kursus Asas Promosi dan Jualan Dalam Talian BMTKM Wilayah Persekutuan PPR Kerinchi

16062022 Kursus Asas Promosi dan Jualan Dalam Talian BMTKM Wilayah Persekutuan PPR Kerinchi

Berita Terkini:

SEMANGAT DAN AZAM BAHARU
Seramai 25 orang ketua isi rumah dari golongan miskin tegar di PPR Kerinchi telah merebut peluang menerusi Program Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar di Wilayah Persekutuan justeru berjaya menamatkan kursus asas Pemasaran dan Jualan secara dalam talian pada pagi ini.

Kursus ini yang merupakan anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Universiti Malaya (UM) telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Yusniza Kamarulzaman dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UM yang mengajar para peserta asas-asas perniagaan dalam talian yang perlu dititikberatkan. Semoga para peserta hari ini dapat mengaplikasi ilmu yang diberikan dan berjaya mendorong diri dan keluarga menjadi usahawan yang berjaya.

#OurCityOurHome
#LangkahPanglima
#KeluargaMalaysia

.