biru  hijau  merah
A- A A+

YBhg.Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Pantau Harga Barangan Kawalan di Pantai Dalam

15082022 Pantau Harga Barangan Kawalan di Pantai Dalam

Berita Terkini:

PANTAU HARGA BARANGAN KAWALAN

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan membuat lawatan turun padang hari ini bagi memantau kedai-kedai runcit di sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Pemeriksaan harga-harga barangan kawalan seperti ayam, telur, beras dan susu pekat dan pematuhan lesen perniagaan oleh pemilik premis dijalankan di empat kedai runcit.

Melalui pemantauan berikut, dirumuskan bahawa keempat-empat kedai yang dipantau pada hari ini menjual barangan kawalan dengan harga berpatutan dan ada barangan yang lebih murah dari harga di pasaran serta syarat lesen perniagaan juga dipatuhi. KWP dan agensi akan meneruskan aktiviti pemantauan ini dari semasa ke semasa. Membeli belahlah dengan bijak, sebagai pengguna kita kena bandingkan harga tau 👍🏻

#OurCityOurHome #LangkahPanglima #KeluargaMalaysia

.