Page 6 - Buku Pelan Strategik KWP 2016-2020
P. 6
6 PERUTUSAN MENTERI
Pelan Strategik KWP 2016-2020 telah disediakan
selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMKe-11) yang menyasarkan pembangunan serta
pertumbuhan yang berpaksikan rakyat. Dengan
penyelarasan fungsi dan peranan KWP supaya
selari dengan keutamaan RMKe-11, saya yakin
bahawa pembangunan di Wilayah Persekutuan akan
dapat memberikan manfaat yang dinikmati secara
menyeluruh oleh semua lapisan warga Wilayah
Persekutuan khususnya, dan warga Malaysia amnya.
Dengan baki tempoh kurang 5 tahun lagi ke arah
menuju status negara maju berpendapatan tinggi pada
tahun 2020, seluruh warga KWP dan agensi KWP
sewajarnya berganding bahu dan saling menyokong
dalam memastikan visi, misi, teras strategik, strategi
dan program yang telah ditetapkan di dalam Pelan
Strategik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
demi kesejahteraan dan keceriaan warga Wilayah
Persekutuan.
PERUTUSAN Dalam hal ini, peranan dan sokongan pihak awam
adalah signifikan. Justeru, bagi pelaksanaan strategi
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN dan program yang telah dirangka, penyertaan dan
pemerkasaan peranan pihak awam adalah perlu
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dititikberatkan agar segala inisiatif yang diatur oleh
kurniaNya Pelan Strategik Kementerian Wilayah Kerajaan mencapai sasarannya dan dapat diteruskan
Persekutuan (KWP) 2016-2020 dapat diterbitkan kesinambungannya untuk manfaat generasi semasa
untuk dijadikan panduan dan rujukan seluruh warga dan juga generasi akan datang.
KWP serta agensi-agensi di bawahnya. Setinggi-tinggi
penghargaan daripada saya kepada YBhg. Datuk Seri Saya menyeru supaya semua warga KWP dan agensi
Ketua Setiausaha, Pengurusan Tertinggi KWP dan KWP dapat menjadikan Pelan Strategik KWP 2016-
agensi KWP serta semua warga KWP dan agensi yang 2020 ini sebagai wadah rujukan dan panduan bagi
telah terlibat di dalam penyediaan Pelan Strategik yang hala tuju KWP dalam memastikan pembangunan dan
baharu ini. pertumbuhan yang berpaksikan rakyat dapat dicapai.
Dengan pencapaian ini, maka saya yakin ia akan dapat
meningkatkan lagi kesejahteraan dan keceriaan warga
Wilayah Persekutuan, serta juga pembangunan yang
mampan di seluruh Wilayah Persekutuan.
Sekian, terima kasih.
DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU
MANSOR