Page 5 - KWP profilpelanggan_FA
P. 5

Profil Pelanggan KWP 2015

                                                                           5

“Peranan penjawat awam yang semakin mencabar pada
masa ini memerlukan tindakan drastik pihak Kerajaan
melakukan transformasi. Penjawat awam perlu mempunyai
daya ketahanan minda bagi membolehkan Program
Transformasi Kerajaan dapat dilaksanakan. Ketahanan
daya minda yang tinggi amat penting untuk menangani
pelbagai masalah dan isu dari semasa ke semasa sekaligus
berupaya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan. Setiap Jabatan dan Agensi mempunyai peranan
dan tanggungjawab yang berbeza-beza dalam memberi
perkhidmatan kepada rakyat. Namun matlamatnya
tetap satu; memastikan setiap rakyat didahului untuk
mendapatkan layanan serta perkhidmatan yang terbaik
oleh Jabatan dan Agensi masing-masing. Budaya kerja yang
unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan
dan kualiti perkhidmatan awam.”

YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor
Menteri Wilayah Persekutuan
Sesi TownHall Bersama Menteri Wilayah Persekutuan, 4 Julai 2015

“Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan
prestasi dengan menggunakan petunjuk prestasi utama
(KPI) yang diterapkan dalam perkhidmatan kepada rakyat
bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Wilayah
Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan agensi-
agensi lain di bawah Kementerian, setiap bahagian / jabatan
perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan
kepada rakyat bagi memastikan semua perkhidmatan
disampaikan dengan sempurna. Ini secara tidak langsung
dapat memberikan gambaran mengenai prestasi
Kementerian ini secara keseluruhannya.”

Datuk Seri Adnan bin Hj. Md Ikshan
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
Perhimpunan Bulanan KSU, 27 Januari 2015
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10